Berjaya kesan lokasi telefon bimbit, Mekyun terus bawa polis ke rumah pencuri

Berjaya kesan lokasi telefon bimbit, Mekyun terus bawa polis ke rumah pencuri

Telefon antara barang berharga pada zaman kini dan ada banyak maklumat penting yang disimpan di dalam setiap telefon pintar seperti maklumat perbankan dan peribadi. Baru-baru ini pula, Tik Toker terkenal iaitu Mekyun mengalami detik cemas apabila kehilangan telefon miliknya itu.

Menurut gadis berbangsa Cina itu, dia berjaya mengesan di manakah lokasi telefon pintarnya itu selepas beberapa hari kehilangannya. Sebaik sahaja mendapatkan lokasi tersebut, Mekyun bergegas ke tempat itu bersama-sama pihak polis untuk mendapatkan semula telefonnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Mekyun tiba di sebuah kediaman bersama beberapa anggota polis. Turut dapat dilihat, sebuah kereta peronda polis yang berada di hadapan rumah tersebut di mana dua anggota polis sedang memanggil suspek yang berada di dalam rumahnya.

“Phone Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang lah dia nak curi telefon.”

telefon

Difahamkan, telefon tersebut diserahkan semula oleh pencuri sebaik sahaja dia melihat ketibaan pihak polis di tempat tersebut. Dalam masa yang sama, Mekyun turut menasihati orang ramai untuk berfikir panjang sebelum mengambil hak milik orang lain terutamanya telefon pintar yang menjadi barang penting pada masa kini.

“Lain kali fikir dua kali sebelum awak nak curi telefon orang okay?”

mekyun

Mekyun turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang membantunya sepanjang proses tersebut sehinggalah mereka akhirnya berjaya mendapatkan semula telefonnya. Sekadar makluman, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee terkenal di media sosial selepas memuat naik video bercakap dalam dialek Kelantan.

 

SUMBERINSTAGRAM