“Beratur berjam-jam, sekali kena ‘scam’!” – Menyesal beli air ‘viral’
Zaman sekarang ini, kalau dengar perkataan ‘viral’ untuk sesebuah kedai pasti akan beratur untuk membelinya dan lebih mengejutkan, ramai sanggup beratur berjam-jam semata untuk cuba makanan atau minuman yang jadi bualan ramai itu.
Sama seperti situasi seorang lelaki di TikTok ini dimana beliau difahamkan singgah di sebuah premis tepi jalan yang ‘viral’ dan memaparkan ramai sedang beratur untuk membeli minuman disitu.
Boleh pula ketika dia singgah untuk membeli itu, orang ramai sedang menikmati cuti panjang sempena Hari Raya Cina, jadi sememangnya dipenuhi dengan pelancong.
@ihakimmm Beratur nak patah kaki, last-last kena scam. #myfoodie #makanlokal #penangfoodie #fyp
Walau bagaimanapun, lelaki terbabit merasakan penat lelahnya beratur berjam-jam di bawah matahari yang panas sia-sia kerana minuman viral itu didakwa indah khabar dari rupa.
Sememangnya dia meletak harapan yang tinggi pada air yang digelar ‘ais tingkap’ di Pulau Pinang itu, akan tetapi melihat dari bekas air minuman berisi air merah terbabit, dia mendakwa air tersebut saling tak tumpah seperti air sirap selasih saja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan perasaan yang lebih kurang sama dengan lelaki terbabit dan rupanya penduduk di Pulau Pinang juga ada yang tidak pernah merasa air tersebut biarpun duduk di kawasan kejiranan.