‘Berapa sangat akak tu dapat, kesian la sikit…’, Peniaga nasi lemak disamun

‘Berapa sangat akak tu dapat, kesian la sikit…’, Peniaga nasi lemak disamun

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan kejadian samun yang dipercayai berlaku di sekitar IJM Jalan Kebun berhampiran Kota Kemuning Shah Alam.

Video tersebut bagaimanapun, mengundang amarah dalam kalangan warganet yang mempersoalkan tindakan dua lelaki yang bertindak sedemikian terhadap seorang peniaga wanita yang menjual Nasi Lemak.

 

Peniaga Nasi Lemak dirompak

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, memperlihatkan dua orang lelaki yang secara tiba-tiba datang dan menghampiri peniaga wanita ini. Bagaimanapun, seorang lelaki dipercayai bertindak mengambil barangan peniaga tersebut ketika wanita itu menoleh ke arah lain untuk seketika.

Susulan daripada itu, lelaki itu berjaya melarikan ‘barangan’ tersebut sebelum melarikan diri menggunakan motosikal bersama seorang lagi rakannya yang ketika itu turut berada di tempat kejadian. Tidak berakhir di situ, peniaga itu seolah-olah ‘tergamam’ dan tidak sempat membuat apa-apa bagi menghalang tindakan lelaki itu.

Namun, sehingga kini tiada sebarang info tambahan berhubung kejadian itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Kesian akak tu!

Sumber: Rizal Hakimm