Bendera putih jadi inspirasi, kini muncul pula kempen bendera ‘pink’?
Melalui pandemik ini, kita boleh lihat kerjasama yang erat sesaa rakyat apabila mereka menggunakan inisiatif mengangkat bendera putih bagi menandakan sesebuah rumah itu memerlukan bantuan dan menyeru kepada masyarakat agar melakukan demikian agar memudahkan orang lain menyumbangkan bantuan. Kempen ini juga mendapat perhatian daripada artis tempatan untuk turut serta menyumbang kepada masyarakat.
Terbaru, heboh pula di media sosial apabila terdapat kempen baharu yang melibatkan bendera iaitu kibar bendera pink yang membawa maksud untuk mencari jodoh.
Tidak diketahui dari siapa idea bendera ini muncul tetapi antara individu terawal yang berkongsikan perkara itu adalah seorang pengguna laman Facebook yang bernama Fazlin Razali.
Individu tersebut telah berkongsikan sebuah gambar memaparkan bendera putih bersama kepsyen yang menggesa kepada rakyat yang memerlukan jodoh, perlulah mengangkat bendera merah jambu.
Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih single atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan jodoh segera.
Tak perlu malu, kibarkan bendera pink. Semoga ada yang membantu
Kempen itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan netizen dan menganggap ianya hanya sekadar gurauan.
Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda.
Muhammad Syukhri Shafee.
Namun terdapat juga netizen yang mengecam perbuatan itu dan selain turut menyatakan perkara seperti ini tidak sesuai dijadikan sebagai bahan jenaka.
Tidak payah hendak merepek. Orang fikirkan hendak meneruskan hidup. Perkara sebegini usaha dijadikan perkara lawak
Pensel Tumpul
Walaubagaimanapun, rata-rata netizen menyeru agar masyarakat meneruskan usaha dalam kempen bendera putih bagi membantu golongan yang memerlukan dan tidak menggunakan kempen bendera sebagai bahan jenaka di media sosial.
Kredit: Fazlin Razali, Kosmo!