Benarkah Menu Patin Tempoyak Berasal Dari Sumatera, Indonesia Dan Bukannya Negeri Pahang, Malaysia?

Benarkah Menu Patin Tempoyak Berasal Dari Sumatera, Indonesia Dan Bukannya Negeri Pahang, Malaysia?
Alahai, pasal makanan pun nak bergaduh?
 
Mungkin kedengaran macam satu isu atau perkara yang remeh-temeh.
Namun tidak bagi netizen terutamanya penggemar makanan bernama patin masak tempoyak.
 
Ceritanya, selebriti dari seberang, Laudya Cynthia Bella memuat naik gambar patin tempoyak di laman Instagram miliknya.
Lalu, menyebabkan para peminat dari Indonesia mula mendakwa menu tersebut bukan datang dari negeri Pahang, sebaliknya dari Palembang dan juga Jambi di Sumatera. 
 
Apa lagi, drama ‘claim’ sana sini pun bermula. Sudah tentu rakyat dari Malaysia sukar menerima hal tersebut kerana sejak dahulu menu patin tempoyak sudah sinonim dengan makanan rakyat negeri Pahang. 
“Kiter dari Malaysia mmg dah berzaman tahu patin tempoyak asalnya dari Pahang…
 
“Tapi orang Indonesia cakap patin tempoyak asalnya dari Palembang dan Jambi Sumatera..”
 
Begitulah yang ditulis menerusi laman Facebook Rizal Hakimm yang mengangkat semula isu ini kepada para pengikutnya.
 
Berikut pula pendapat para netizen. Berbalah-balah!
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda berasa terguris dengan dakwaan masyarakat atau netizen Indonesia tentang asal-usul patin tempoyak ini?