Bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan dicekup miliki syabu

Bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan dicekup miliki syabu

 

 

 

 

 

Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam.

Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine.

Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Suspek yang juga merupakan anak bekas pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.