Beberapa kawasan di Semenanjung mengalami gangguan bekalan elektrik

Beberapa kawasan di Semenanjung mengalami gangguan bekalan elektrik

 

Beberapa kawasan di Semenanjung termasuk di Lembah Klang berdepan gangguan elektrik tengah hari ini mengakibatkan beberapa urusan membabitkan orang ramai tergendala.

Perkongsian orang ramai menerusi ciapan di laman Twitter menunjukkan, beberapa pusat beli-belah dan pasar raya di ibu negara juga bergelap.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan TNB Careline di laman Facebook dan Twitter rasminya, sebentar tadi mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

 

TNB Careline di Fecebook mengesahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
TNB Careline di Fecebook mengesahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

 

Ketika berita ini ditulis, antara kawasan yang dikesan berdepan gangguan elektrik termasuk di beberapa kawasan di Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Bangsar, Cheras serta Bangi.

Difahamkan, gangguan juga membabitkan beberapa negeri termasuk di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.

Pengguna Twitter, Thinarasan Ambikapathi @ThinarasanA dalam ciapannya – ‘Kuala Lumpur Electric Black Out #tnb’

“Friends across Bangsar, Old Klang Road, Segambut, Mont Kiara and Subang just reported having their electricity cut- is anyone else also going through the same?” ciap azlynbalqis @lynfunkstar di Twitternya.