Bayar RM30 untuk isi angin tayar, reaksi boyfriend yang membebel buat ramai berdekah

Perempuan biasanya tidak lah begitu mahir tentang kereta berbanding lelaki. Mungkin disebabkan itulah perempuan sering menjadi mangsa penipuan di bengkel kereta terutamanya mereka yang langsung tidak tahu apa-apa tentang kereta.
Baru-baru ini pula, seorang gadis cuba melakukan prank pada teman lelakinya dengan memberitahu dia telah membayar RM30 semata-mata untuk mengisi angin tayar keretanya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.
@whooodisss_ baru separuh je dia bebel ni #fyp #foryoupage #prank
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu teman lelakinya tentang pengalamannya di sebuah bengkel kereta baru-baru ini. Dia sengaja melakukan prank itu untuk melihat sendiri bagaimana reaksi teman lelakinya sebaik sahaja sedar dia menjadi mangsa penipuan.
Menurutnya, dia telah membayar sebanyak RM30 untuk mengisi angin pada tayar kereta seperti yang diminta oleh mekanik di sana. Malah menurutnya, pekerja itu memberitahu angin yang diberikannya juga adalah premium disebabkan itulah harganya mahal.
Sebaik sahaja mendengar luahan gadis itu, teman lelakinya kemudian mula memberikan reaksi terkejut dan marah dengan apa yang berlaku. Lebih melucukan, lelaki itu siap membebel dengan gaya lucunya sekaligus membuatkan gadis itu berdekah mendengarnya.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi lelaki itu sebaik sahaja mendengar luahan gadis itu. Malah ramai yang turut terhibur mendengarnya membebel mengalahkan seorang perempuan gara-gara geram dengan apa yang terjadi.
“Angin tu percuma tuhan bagi.”
“Bijak dowh kedai tayar tu, sebut premium kat perempuan…”
“Naik angin level premium terus.”
“Weh dia membebel level apa ni.”