Batalkan majlis kahwin, pengantin agih makanan ke pusat pemindahan
Banjir yang melanda di beberapa kawasan terutamanya di Selangor sememangnya telah membuatkan banyak aktiviti tergendala.
Antara yang paling terkesan sudah tentu majlis perkahwinan yang sudah lama dirancang namun terpaksa dibatalkan kerana masalah banjir yang berlaku.
Majlis perkahwinan batal
Disebabkan itu, majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di GERBANG Hall Meru tidak dapat dilakukan dan pihak pengantin mengambil inisiatif dengan menyumbangkan makanan yang telah ditempah kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara SMK Meru.
Perkara tersebut dikongsikan laman Facebook milik Ahmad Firdaus Misnan dengan memuat naik sekali gambar orang ramai sedang beratur mengambil juadah yang disumbangkan.
Pengantin & katering sama2 agih makanan
Tak hanya itu, satu akaun TikTok dikenali sebagai @erinerene turut memuat naik video gambar pengantin yang sama-sama menolong mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir setelah majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan disebabkan bah yang melanda.
@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH #banjir #banjirklang #merubanjir #mangsabanjir
Mulakan perkahwinan dengan keberkatan
Susulan daripada itu, tindakan murni yang dilakukan telah mendapat pujian ramai dan rata-rata turut mendoakan kebahagian pasangan pengantin tersebut kerana memulakan sebuah perkahwinan dengan melakukan perkara baik.
Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak katering yang sama-sama membantu dalam memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana alam ini.
Untung katering & pengantin dapat doa orang ramai
Allah pilih untuk beramal ketika ramai yang memerlukan
Semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia