Lelaki dikritik gara-gara jual basikal ‘karat’ cecah harga sehingga RM1,000

Lelaki dikritik gara-gara jual basikal ‘karat’ cecah harga sehingga RM1,000

 

Zaman sekarang sudah maju, sehingga urusan jual beli boleh dilakukan melalui secara online sahaja

Barangan juga boleh ditunjukkan secara dalam gambar atau live menerusi di media sosial sahaja. Namun, tidak dinafikan kita perlulah berhati-hati membeli barangan dalam talian, apatah lagi kerana kita tidak dapat melihatnya di depan mata.

Lain pula dengan sebuah posting di Facebook ini, apabila tindakan seorang lelaki menjual basikal telah dikritik ramai.

Menerusi posting tersebut, seorang lelaki dilihat membuat iklan penjualan basikal di sebuah group di laman Facebook.

Namun, apa yang membuat ramai mempersoalnya adalah dia menunjukkan gambar basikal ‘berkarat’ dan menjualnya dengan harga RM1,000 untuk sebuah basikal.

Image from Facebook

Posting itu mendapat pertikaian ramai kerana kondisi basikal yang sudah karat dan tidak kena dengan harga jualan.

Image from Facebook

Image from Facebook

Image from Facebook