Baru sahaja Dato Seri Anwar Ibrahim diumumkan PM ke-10, bursa Malaysia naik mendadak?
Disebabkan beberapa hari ini ada ura-ura mengatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 negara, ada mengatakan bahawa bursa saham naik dengan mendadak.
Ada kena mengena ke?
Menjengah ke Twitter, beberapa pengguna media sosial memaklumkan bahawa bursa saham sedang naik selepas berita tentang Anwar Ibrahim bakal menjadi perdana menteri tersebar walaupun tidak ada kepastian lagi.
68% in one day😍🥰🚀🔥
TQ idola @anwaribrahim 🫡
Contoh: invest RM10k, pulangan bersih RM6.8k dalam masa sehari. Banyak sangat tu. Bayangkan yang invest amount lebih besar🦈 pic.twitter.com/SclwmA2GC1
— KA7 (@khairulamirin7) November 24, 2022
Tadi 28.94 mata. Sekarang 43.51 mata #BursaSaham#BursaMalaysia#PM10malaysia pic.twitter.com/gZ0Mj4TzYx
— Joker (@bertarafMenteri) November 24, 2022
Bursa Malaysia meningkat
Menerusi laporan dari Bernama, bursa Malaysia juga dijangka terus naik. Pada awal pagi tadi, Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat 2.01 peratus berikutan momentum belian yang berterusan dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih baik di peringkat tempatan dan luaran.
Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu. Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.
Bursa Malaysia tinggi berikutan sentimen lebih baik @BursaMalaysia https://t.co/7m3gPETME7 pic.twitter.com/Phy2dcbgIj
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 24, 2022
Baru tengok Astro Awani tadi, stock bursa Malaysia naik selepas pengumuman Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri 10 kepada +28.80 mata.
Currency pula 1USD = RM4.51 berbanding semalam RM4.57.
— pud 🇲🇾 (@pudseposen) November 24, 2022
Kebetulan je tapi mungkin petanda baik
Pelabur masuk bila tengok Anwar jadi PM
Sumber: Bernama, Twitter