Baru nak buat kejutan, gadis panik belon dan duit terbang!

Baru nak buat kejutan, gadis panik belon dan duit terbang!

Biasanya kalau sambutan hari jadi atau hari istimewa, ramai yang memilih untuk berikan kejutan hadiah kan. Macam yang dikongsikan gadis ini tentang kejutan untuk hari ibu baru-baru ini namun lain pula yang berlaku akhirnya.

Video tersebut tular dikongsikan di Tik Tok apabila ia meraih empat juta tontonan setakat ini. Siapa sangka, kejutan belon dan duit yang ingin dihadiahkan akhirnya terbang ke udara dan tidak dapat diselamatkan.

@queenfloranafira

#surprisegonewrong #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis tersebut menunjukkan belon yang siap dihias dengan ucapan ‘Selamat Hari Ibu’ yang turut diikat dengan duit kertas.

Dia kemudiannya meleraikan ikatan riben pada belon itu namun tidak semena-mena, belon itu terbang melayang ke udara. Di dalam rakaman ini, belon itu terbang tinggi dengan pantas dan tidak dapat diselamatkan oleh mereka.

@queenfloranafira

Reply to @anggunthebunga jumlah semua rm300😌 tali dgn duit tak kena tape. Nasib 4helai kat Depan ja tekorban. Klau tak sis pun nangis #fypp

♬ original sound – Jecus Andrei

Melihatkan belon tersebut yang sudah melayang jauh, gadis tersebut kelihatan terdiam dengan reaksi muka terkejut. Namun nasibnya baik apabila wang selebihnya selamat berada di dalam kotak dan hanya beberapa ringgit saja yang terbang melayang.

Insiden ini turut sama membuatkan netizen yang menonton terhibur dengan kejadian tidak disangka ini. Ada juga yang berseloroh duit tersebut telah pun selamat tiba oleh ‘kerajaan langit’ sebagai duit raya.