Bapa sempoi hantar anak jumpa girlfriend, “Pandai anak abah cari GF…”

Bapa sempoi hantar anak jumpa girlfriend, “Pandai anak abah cari GF…”

Buat mereka yang masih ada ibu dan ayah, pastinya ramai mahu berbakti kepada mereka. Pengorbanan membesarkan kita sememangnya tidak ternilai dan terbalas, jadi sebagai anak haruslah melayan mereka sebaik mungkin.

Namun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan sebuah keluarga keluar menemani si abang bertemu buah hati telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video itu kelihatan perjalanan sebuah keluarga dari Kuala Lumpur ke Taiping hanya untuk menemani anak bujang bertemu kekasih hati yang dikenali secara dalam talian.

Perkongsian rakaman bapa sempoi bawa anak jumpa buah hati ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah warganet turut memuji tindakan bapa tersebut. Berikut adalah video yang telah dikongsikan semula oleh Instagam Sinar_my ini:

Wow, jauh perjalanan mereka untuk menemui buah hati anak bujang ini! Sempoi habis! Perkongsian video bapa sempoi bawa anak jumpa buah hati ini telah meraih lebih 237 ribu tontonan dan 26 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Anak-anak macam ni susah nak menipu…Sebab mak pak sempoi”

Bapa Sempoi Bawa Anak 4

“Abang ni memang baik dengan family dia. Apa entah dengan jiran dan adik beradik dia”

Bapa Sempoi Bawa Anak 3

“Elok buat macam ni, baru anak rasa nak buat bukan2 pun tak berani”

Bapa Sempoi Bawa Anak 2

“Wow bukan kaleng-kaleng. Mantap”

Bapa Sempoi Bawa Anak 1