Bangga dengan usahawan Kelantan, Fizo Omar nak bina masjid

Bangga dengan usahawan Kelantan, Fizo Omar nak bina masjid

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar tampil menjelaskan mengenai sekeping foto ‘membina masjid’ di laman Instagram miliknya sehingga mengundang salah faham orang ramai.

Menurut laporan Kosmo! Online, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu terpegun dengan seni bina masjid Ar-Rahman di Kota Bahru, Kelantan itu selepas membuat kunjungan semalam.

 

“Pada masa kini untuk saya mendirikan ‘masjid’ (berkahwin) belum lagi. Tapi cita-cita untuk membina masjid, insya-Allah memang ada.
“Saya cuma terpegun dengan keindahan seni bina masjid tersebut dan ingin menggalakkan orang kita (Islam) dalam kalangan usahawan untuk…
“…mengikut jejak langkah pemilik masjid ini yang juga merupakan seorang usahawan berjaya. Masjid ini dibina dengan kos RM6 juta. Itu mesej yang hendak saya sampaikan,” katanya.

Malah, pelakon berusia 36 tahun itu sememangnya menyimpan hasrat bagi membina sebuah masjid sekiranya berkemampuan di masa akan datang.

“Insha-Allah saya juga berhajat untuk membina sebuah masjid atas nama kedua-dua ibu bapa saya satu hari nanti.
“Saya sebenarnya lebih terinspirasi kejayaan usahawan apabila dapat membina sebuah masjid. Sebenarnya tidak perlu pun hendak membina masjid yang mewah. Tapi kalau mampu, tidak salah buat sebuah masjid yang gah,” ujarnya.

Sumber: Instagram Fizo Omar , Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)