Gara-gara ikut trend, TikToker dirawat di hospital, dedah bahaya buat salad timun viral

Gara-gara ikut trend, TikToker dirawat di hospital, dedah bahaya buat salad timun viral

 

Timun sebenarnya tidak pernah menjadi item salad yang popular.

Namun, trend yang dicetuskan oleh TikToker dari Kanada, Logan Moffitt, menyebabkan timun tular dalam kalangan pengguna media sosial.

TikToker yang digelar sebagai cucumber guy itu memulakan trend penghasilan salad timun sehingga ia ditiru oleh ramai individu.

Secara asasnya, trend ini melibatkan aktiviti memotong timun menjadi kepingan nipis sebelum ia dijadikan sebagai salad yang lazat.

Namun, sejak trend ini bermula, beberapa TikToker memberi amaran kepda pengikut mereka selepas mengalami kemalangan yang mengerikan.

Menurut dua pencipta kandungan, trend itu berbahaya kerana penggunaan pisau boleh mendatangkan kecederaan.

TikToker @jayyandabby mendakwa jarinya cedera apabila terkena pisau ketika melakukan trend itu.

Akibat kecederaan itu, dia mendakwa terpaksa pergi ke jabatan kecemasan sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lagi pencipta kandungan iaitu @paigetaylor.s turut mendedahkan pengalaman teman lelakinya yan cedera ketika melakukan trend itu.

Walaupun timun kaya dengan nutrien, seorang pakar memberi amaran agar orang ramai tidak mengambilnya secara berlebihan.

Penasihat pemakanan Daily Harvest, Carolina Schneider berkata pengambilan timun berlebihan boleh membawa kepada kesan sampingan yang negatif.

“Timun mengandungi antioksidan, yang boleh membantu melawan tekanan oksidatif dalam badan.

“Pemakanan yang kaya dengan sayur-sayuran dikaitkan dengan penanda kesihatan yang lebih baik, risiko penyakit yang lebih rendah dan peningkatan keseluruhan kesihatan serta kesejahteraan.

“Walaupun timun selamat untuk dimakan secara berkala, pengambilan dalam jumlah yang berlebihan boleh membawa kepada kesan sampingan yang negatif.

“Dalam kes timun, kandungan air dan serat yang tinggi boleh menyebabkan ketidakselesaan penghadaman jika diambil dalam kuantiti yang besar,” katanya.