Artis BBNU baru cukup umur takut nak mengundi, buat ‘research’ calon di TikTok sebelum pangkah
DUA penyanyi baharu iaitu Andika Zulkefli dan Farid Danial meluahkan rasa teruja untuk turun mengundi buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada Sabtu ini.
Masing-masing yang kini baru berusia 18 tahun memberitahu dia melakukan beberapa kajian mengenai calon ahli parlimen bertanding menerusi media sosial.
“Gementar dan takut juga sebab kami tak berapa tahu tentang politik. Tapi mahu tak mahu kita kena mengundi juga sebab itu tanggungjawab kita.
“Agak keliru memilih sebab setiap parti memberikan manifesto yang menarik. Apabila tengok kempen di TikTok, semuanya memberikan janji yang menarik.
“Ibu bapa saya pun tak pernah paksa mengundi mana-mana calon, mereka bagi kebebasan kepada kami untuk mengundi,” kata Andika dan Farid.