Api kian marak di I5r4eL, P4le5t1n hantar bantuan bomba kawal kebakaran

Sebelum ini, kebakaran luar biasa terjadi di Israel menyebabkan kawasan hutan berhampiran Masjid Al-Aqsa hangus terbakar sehingga asal tebal mula menutupi ruang udara.
Pasukan bomba Israel juga turut bergelut untuk memadamkan kebakaran di barat Baitulmaqdis dengan penduduk di lima perkampungan terpaksa diarahkan berpindah.
Kejadian itu menyebabkan Menteri Luar Israel, Yair Lapid memohon bantuan antarabangsa bagi mengawal kebakaran yang semakin merebak itu.
Palestin hantar bantuan bomba

Berhubung kejadian itu, dikatakan pihak berkuasa Palestin telah menghantar empat pasukan bomba bagi membantu Israel mengawal kebakaran pada Selasa lepas.
Menurut The Times of Israel, Palestin telah menghantar empat trak Pertahanan Awam serta 20 anggota bomba yang telah bergabung bagi menuju ke lokasi kejadian.
Menurut jurucakap awam Palestin, Leftenen Kolonel Nael Azza, ini merupakan kali keempat dalam beberapa tahun pasukan bomba Palestin bergabung dengan Israel berkaitan bencana alam.
Israel ucap terima kasih
Menerusi hantaran pada laman Twitter milik Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz telah mengucapkan terima kasih kepada Palestin atas bantuan tersebut.
Inisiatif negara itu menghantar anggota bomba sedikit sebanyak telah menyelamatkan nyawa manusia.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahmoud Abbas atas inisiatifnya untuk menghantar anggota bomba dan membantu Israel hari ini (kelmarin). Saling membantu dan menyelamatkan nyawa manusia adalah kepentingan bersama bagi kita semua.
אני מבקש להודות ליו"ר הרשות הפלסטינית מחמוד עבאס, על היוזמה לשליחת כוחות כיבוי שהגיעו לסייע לישראל היום. הערבות ההדדית והצלת חיי אדם הם אינטרס משותף של כולנו. pic.twitter.com/pfNGxrTdnz
— בני גנץ – Benny Gantz (@gantzbe) August 17, 2021
Selain itu, Menteri Luar Negeri, Yair Lapid turut memuji usaha negara itu selain menghargai bantuan yang telah disampaikan.
Difahamkan juga, anggota bomba Palestin dan Israel sebelum ini pernah melakukan latihan bersama, seperti sesi latihan di Jenin pada 2019 dan melakukan lebih dari 10 latihan pada tahun itu.
Kredit: Twitter Benny Grant I Berita Harian