Angkara paras rupa, kawan sanggup hantar sihir, wanita derita perut busung sampai terasa nak ‘pecah’!

Angkara paras rupa, kawan sanggup hantar sihir, wanita derita perut busung sampai terasa nak ‘pecah’!

Hanya kerana ‘dengki’ melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain, ada segelintir individu yang tidak berhati perut tergamak menggunakan ilmu sihir semata-mata mahu menjatuhkan orang lain.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia mendakwa telah terkena buatan orang sehingga membuatkan dirinya jatuh ‘sakit’

Kawan sendiri punya ‘kerja’

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Julizz berkongsi pengalaman tersebut menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Menurut wanita ini, dia telah menjadi mangsa sihir rakannya sendiri dan kesihatannya juga terjejas sejak dari tahun 2019 lagi. Dia mendakwa, rakannya itu berbuat demikian kerana dengki akan paras rupanya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Julizz memberitahu ada satu ketika perutnya tiba-tiba membesar dan membusung seperti wanita mengandung. Berdasarkan video tersebut, wanita itu dilihat sedang menangis dan menghentakkan tubuh badannya menahan kesakitan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas akibat perbuatan sihir itu.

Kasihannya…

@_julizz

Andai masa boleh Di putar Aku tak nak jumpa org yg kianat Aku..

♬ original sound – Nadya Mahdi – Nadya Mahdi

@_julizz

Part ni aku x tahan sakit..dada sakit sukar bernafas..aku down gila waktu ni 😭 dh biasa keluar berniaga Tp ape pn tak leh buat..

♬ original sound – Julizz – Julizz

Dengki sebab rupa paras

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 7.5 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar wanita ini terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Julizz