Anak luka di muka & kaki retak, ibu pesan hati-hati jika hantar anak taska

Anak luka di muka & kaki retak, ibu pesan hati-hati jika hantar anak taska

Sudah tidak asing lagi bagi kita mendengar kisah-kisah yang melibatkan keganasan kanak-kanak ketika berada di pusat penjagaan. Walaupun tidak semua pusat penjagaan atau taska yang mempunyai masalah, ini juga menimbulkan rasa fobia dalam kalangan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh ibu ini apabila anaknya mengalami luka kemerah-merahan serta retak tulang kaki setelah kembali dari taska!

HATI-HATI HANTAR ANAK TASKA

For those yang tanya kenapa dengan Melissa dan sorry tak reply dm whatapp semua. Ni la yang terjadi pada Melissa. Hati hati la semua kalau nak hantar anak pergi taska. Tak semua orang ikhlas untuk bekerja. Alhamdullilah Melissa sekarang duduk dengan my aunty. Sihat ceria. Thank you semua yang doakan Melissa.FYI this is the 2nd daycare Melissa.

Menurut ibu ini, dia merasa tidak sedap hati sepanjang berada di pejabat dan bertanyakan keadaan anaknya yang berada di pusat penjagaan. Apa yang mengejutkan adalah apabila ibu ambil anak dari pusat penjagaan, terdapat tanda merah di mata sebelah kiri dan apabila ditanya, anak hanya menjawab berebut mainan dengan kanak-kanak lain.

Apa yang merisaukan adalah, bukan sahaja di wajah malah di kaki juga terdapat kesan merah dan anak seolah-olah sakit apabila kaki menjejak lantai. Jadi, ibu ini mengambil keputusan untuk bawa anak ke hospital dan xray pada keesokan harinya. Bila ditanya, jawapan doktor berubah-rubah.

KAKI ANAK RETAK, BUKAN KESAN JATUH

Laporan hospital menyatakan bahawa kaki anaknya mengalami retak di bahagian tibia. Doktor juga mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana ini bukanlah kesan dari jatuh. Jadi, ibu ini mengambil tindakan untuk melihat cctv dan terbukit bahawa pengasuh ada membuat perbuatan kasar kepada bayi!

Apa yang dapat dilihat dalam rakaman CCTV tersebut adalah tindakan kasar pengasuh. Luluh hati si ibu apabila melihat anaknya diperlakukan sedemikian.

Sumber: Afzan Ikka Wan Nurul