Anak hampir dilanggar, aksi keluarga ini jalan melenggang buat ramai geram

Setiap ibu bapa atau penjaga diingatkan untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya ketika berada di kawasan tumpuan ramai temasuklah semasa melalui di laluan tepi jalan raya.
Semalam, tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak melintas jalan secara melulu sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan lain yang melalui laluan tersebut.
Namun, menjadi perhatian ramai adalah gelagat ibu bapa kanak-kanak berkenaan dilihat seperti tidak memahami situasi yang berlaku.
Menerusi rakaman kamera papan kemuka (dashcam) sebuah kenderaan, mereka hanya berjalan secara santai menuju ke arah kanak-kanak terbabit dan langsung tidak meminta maaf kepada pengguna lain susulan kesalahan anaknya itu.
Meninjau ke ruangan komen video yang dikongsikan oleh Kosmo! Online di Facebook, rata-rata orang ramai marah dengan sikap kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut yang lalai mengawasi anak mereka sehingga mengundang bahaya.
“Selamba sahaja mak dia jeling ke kereta itu, tak minta maaf pun, yang salah dia tak reti jaga anak, bukan pemandu kereta, mana nak perasan kalau budak main lintas jalan macam itu,” komen Syahril.
“Mujur jumpa dengan orang sabar, kalau jumpa ayah aku ini, sampai berbuka dia maki mak ayah budak itu,” ujar seorang pengguna.
Ramai ibu bapa macam ini, tak nak pegang tangan anak bila berjalan, lagi-lagi ikut laluan jalan raya,” kata pengguna lain.