“Jijik baca komen..” – Tular video anak buah makan coklat dari bibir bapa saudara, netizen luah rasa bimbang

“Jijik baca komen..” – Tular video anak buah makan coklat dari bibir bapa saudara, netizen luah rasa bimbang

 

Berikutan dengan kes Abang Bas yang tular kerana kelakuannya terhadap kanak-kanak bawah umur di media sosial, timbul lagi satu video yang kini dikatakan tengah tular di TikTok memaparkan aksi seorang pemuda bersama anak buahnya.

Menerusi Facebook Helmi Effendy, dia menzahirkan rasa bimbang dan risau tentang kelakuan tersebut sambil melampirkan satu paparan gambar tangkap layar yang telah dikaburkan.

Dapat dilihat, ia merupakan aksi seorang pemuda menyuap coklat kepada seorang kanak-kanak yang didakwa anak buahnya menggunakan bibir.

Apa yang membuatkan Helmi risau apabila ramai netizen yang komen di ruangan TikTok itu anggap perkara tersebut satu tindakan yang comel dan nampak manis, lebih meremang lagi ada netizen yang memberi jenaka berbaur seksual di mana meminta untuk ‘tukar tempat’ dengan anak buahnya itu sebab si pakcik kononnya nampak kacak.

“Kat TikTok ada satu lagi video viral. Video tu seorang anak kecil yang aku dah censored muka dia, makan coklat dari b*bir pakcik dia dan mak dia dengan selamba menaikkan video tu dekat media sosial. Komen yang aku baca semua jijik. Pakcik tu ensem sebab tu nak tukar tempat, ada yang mintak tukar tempat dengan pakcik dia dan banyak lagi. Aku cuma nak cakap…”

“Gila sakit sangat dah masyarakat Malaysia ni. Deme dah tak kenal mana satu sentuhan selamat. Deme dah tak kenal nak gurau-gurau berbaur seksual, berbaur hubungan cinta untuk budak semuda ni. Aku bila masuk video gini, aku jangkakan komen menegur etc, tapi tak ada. Video dah ditonton 2 juta orang, tak akan takde seorang pun yang ada common sense?”

“Sekarang fahamlah aku kenapa banyak betul PDF (Pedophilia) Enabler masa kes abang Bas hari tu.”

Ada pula yang jenis tak sabar tunggu anak buah mereka dilahirkan.

458986199 891697076197044 1540538835222404860 N 459073478 891697129530372 5955350734521040027 N 459151125 891697179530367 4227947462383793190 N

Dalam pada itu, ramai netizen di ruangan komen Facebook ini rasa pelik dengan sikap mereka yang seolah-olah mengiyakan aksi seksual itu dilakukan terhadap kanak-kanak.

Child Grooming Child Grooming 2

Haihh, tindakan yang dia buat ini boleh undang padah, risau pula jadinya.