Alyah mengaku tidak selesa, kongsi video shopping bersama Dato Ram
Hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Datin Alyah jara8ng berkongsikan mengenai suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram di media sosial miliknya.
Namun, baru-baru ini perkongsian Alyah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya bersama Tok Ram keluar bersama di pusat membeli-belah.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Tok Ram berjalan agak laju dan Alyah berada di belakang sedang merakam gelagat Tok Ram.
Kata Alyah lagi, dia pula rimas dan tidak suka untuk jalan berpegangan tangan serta lebih suka jika ikut cara masing-masing.
Perkongsian Alyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan video berkenaan malah ramai yang bersetuju dengan perkongsian penyanyi itu.