Along Eyzendy terharu, Isteri sanggup derma buah pinggang
Kasihnya seorang isteri, sanggup menderma buah pinggangnya untuk suami tersayang merupakan satu pengorbanan yang belum tentu semua orang mampu lakukan. Namun itu yang dilakukan oleh isteri Mohd. Eyzendy Aziz atau lebih dikenali sebagai Along Eyzendy.
Along Eyzendy mengakui berdebar kerana dia bersama isterinya bakal menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang pada hari ini.
Pengorbanan isteri
Along Eyzendy dijadualkan akan menjalani pembedahan pada pukul 6.30 pagi ini serta mengharapkan doa daripada orang ramai agar pembedahan dia bersama isterinya berjalan dengan lancar.
Menurut Along, isterinya kelihatan lebih tenang berbanding dia kerana pernah menjalani pembedahan melahirkan anak sebanyak tiga kali sebelum ini.
Maklumlah ini kali keempat dia masuk operation theater OT. Sebelum ini masa melahirkan anak kami ketia-tiganya dilahir melalui cara pembedahan atau ceasarean. Jadi mungkin bagi dia perkara ini biasa.
Pasrah dengan ujian yang dihadapi
Namun, bagi dirinya yang pertama kali memasuki dewan pembedahan amat berdebar dan bermacam-macam perasaan bermain difikirannya. Walau bagaimanapun, isterinya menasihati agar tidak perlu terlalu memikirnya dan tawakal kepada Allah.
Along Eyzandy mengatakan yang dia pasrah dengan ujian yang dihadapinya ini kerana menganggap apa yang dihadapinya itu merupakan penghapus dosa-dosa kecil.
Dia lebih kuat lebih cekal dan lebih positif. Dia ambil kkeputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku. Aku sgt bertuah alhamdullilah.. Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.
Sumber : Eyzendy Aziz