‘Allah ada bersama orang yang bersabar’ Puteri Sarah titip sokongan buat Mizz Nina

‘Allah ada bersama orang yang bersabar’ Puteri Sarah titip sokongan buat Mizz Nina

Berita penceraian pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan semalam sememangnya membuatkan para peminat turut berasa sedih kerana ramai yang mengetahui mereka sudah 11 tahun berumah tangga.

Pasangan itu turut mengumumkan secara rasmi berkenaan perpisahan mereka di Instagram masing-masing bagi menjelaskan secara tepat tentang hubungan mereka.

Ruangan komen di Instagram Mizz Nina telah dipenuhi dengan kata-kata semangat serta doa yang terbaik buat mereka walaupun tidak bergelar suami isteri lagi.

 

 

“Allah ada dengan orang2 yang sabar”

Antara yang memberikan sokongan kepada Mizz Nina adalah pelakon terkenal yang juga sedang mempunyai masalah dalam rumah tangganya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi Insta Story Sarah, dia telah memberikan kata-kata semangat kepada Mizz Nina dan berharap selebriti itu sentiasa kuat dan sabar menerima ujian daripada Allah S.W.T.

“Sentiasa mengidolakan awak. Semoga terus kuat. Sesungguhnya, Allah ada bersama orang-orang yang sabar,” tulisnya.

Semoga yang terbaik buat mereka

Selain dari Puteri Sarah, ramai lagi rakan artis yang meninggalkan komen di ruangan Instagram bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew ini dan semuanya memberikan sokongan serta mendoakan agar dia terus kuat menjalani kehidupan akan datang.

 

Sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka

Semoga Allah permudahkan segala urusan

 

Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh Salleh telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011. Mereka juga telah mengambil seorang anak angkat bernama Musa pada awal tahun ini.

Walau bagaimanapun, selepas 11 tahun pasangan ini bergelar suami isteri, ada khabar angin mengatakan rumah tangga mereka dilanda badai namun dinafikan oleh kedua-duanya sebelum mengesahkan penceraian pada semalam.

Sumber: Instagram Mizz NinaPuteri Sarah Liyana