Alip Big Too meninggal dunia akibat Covid-19

Alip Big Too meninggal dunia akibat Covid-19

Bekas peserta Bintang Mencari Bintang, Alip Big Too atau nama sebenarnya Nor Alif Bin Mokhtar telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.04 petang akibat Covid-19.

Berita pemergiannya telah dikhabarkan menerusi perkongsian oleh Achey di akaun Instagram miliknya. Ucapan takziah memenuhi ruangan komen yang rata-ratanya turut berduka cita di atas kehilangan itu.

Menurut ahli kumpulan Big Too, Apit, mendedahkan bahawa Allahyarham Alip telah ditidurkan sejak 21 Ogos yang lalu kerana arwah berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa organ arwah seperti buah pinggang dan paru-paru telah terjejas teruk, lebih-lebih lagi Alip sudah pun dilaporkan berada pada kategori 5 ketika itu.

Apit turut berkongsi perbualan terakhir bersama arwah di akaun Instagramnya. Sebelum ini Apit juga telah memuat naik status kesihatan Alip sebelum arwah pergi selama-lamanya.

Terdahulu, Alip dan Apit merupakan ahli kumpulan Big Too yang telah bertanding dalam Bintang Mencari Bintang anjuran TV3 pada tahun 2013. Pelawak terkenal, Achey dan Bocik juga antara peserta yang turut sama bersaing di dalam program itu.

Sumber: Instagram @acheykintangkintung@bodt_sharade