Alif Syukri luah rasa sedih video iklan dituduh tak senonoh, “saya cuma nak berniaga”

Alif Syukri luah rasa sedih video iklan dituduh tak senonoh, “saya cuma nak berniaga”

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila usahawan kontroversi memuat naik sebuah perkongsian di Instagramnya yang kelihatan seperti beronani di bawah selimut atas katil telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Mana tidaknya, tujuan promosi tudung muslimah yang cuba dilakukan oleh usahawan tersebut dianggap tidak bersesuaian dan keterlaluan untuk ditayangkan kepada umum kerana ia boleh mengundang kepada fitnah.

 

Tidak mahu membiarkan netizen terus mengecamnya, Aliff telah memuat naik sebuah hantaran baharu di Instagramnya yang kelihatan sedih sambil mengadu nasib yang menimpanya kepada pengawal peribadi.

Dalam rakaman tersebut, usahawan yang berusia 35 tahun itu turut menjelaskan niat sebenar yang ingin disampaikan disebalik video yang dilakukannya sebelum ini.

 

Katanya, dia hanya mahu mempromosikan tudung baharu keluarannya dan bukan berniat untuk melakukan adegan tidak senonoh seperti yang didakwa oleh netizen.

Bukan itu sahaja, perkongsian Aliff sebelum ini turut mendapat perhatian oleh ibunya sendiri, Rozita Ibrahim yang tidak bersetuju cara promosi yang dilakukan oleh anaknya.

Sendiri buat, sendiri tanggung la datuk

Susulan itu, rata-rata netizen memberikan nasihat kepada usahawan kelahiran Pahang itu untuk lebih berhati-hati apabila memilih cara promosikan perniagaan kepada umum.

Bodyguard datuk tu lawak la

Dalam pada itu, netizen turut terhibur dengan gaya pengawal peribadi usahawan tersebut yang mahu mengertak serta memarahi warganet namun, aksinya itu tidak ditakuti sama sekali.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris