“Aku ingatkan bibik” – Ibu dihina, Ana Jobling selar komen biadap netizen

“Aku ingatkan bibik” – Ibu dihina, Ana Jobling selar komen biadap netizen

 

 

Pelakon meningkat naik, Anna Jobling meluahkan rasa kecewanya apabila ada segelintir pihak yang sanggup menghina ibunya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama Xtra, dia berasa hairan mengapa ibunya menjadi sasaran netizen untuk dijadikan sabagai mangsa cyber bully sedangkan insan tersayangnya itu tidak menganggu orang lain di luar sana.

@xtra_my

Panas! 🔥💥 Pelakon wanita mana yang tak senang dengan Anna ni? Dengki ke? #fyp #xtramy #annajobling #meerqeen #meernaa #dengki #tontonmy #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Ibu saya yang tak pernah usik orang. Dia tak campur hal orang lain, tiba-tiba dia menjadi sasaran dan kena ‘cyber bully’. Agaknya, apa yang dirasakan sekiranya ada orang lain bersikap biadap dengan keluarga anda?
“Bagi saya, jangan ganggu keluarga. Jika mempunyai sebarang masalah, cakap sahaja dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun,” katanya.

 

Tambah pelakon berdarah kacukan itu lagi, dia mengakui berasa sebak apabila membaca komen negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadap ibunya di laman sosial.

Namun begitu, pada masa yang sama dia meluahkan rasa syukur apabila ibunya dapat mengharungi dugaan tersebut dengan penuh kesabaran dan sentiasa menyokongnya dalam industri seni.

“Jauh di sudut hati, saya memang sedih. Ibu saya tak buat apa-apa pun. Mungkin sebab saya seorang pelakon dan dikenali umum, wargamaya merasakan mereka ada hak nak komen apa sahaja mengenai saya. Nak buat macam mana, mereka ada mulut jadi mereka tak akan berhenti bercakap.
“Saya bersyukur kerana ibu saya seorang wanita yang kuat. Dia tak kisah pun dan dia hanya memberikan sepenuh perhatian kepada saya. Saya juga dikelilingi peminat yang tak penat menyokong. Mereka sangat baik dan memahami saya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial gambar Anna dan ibunya sehingga mengundang kritikan daripada netizen yang menyangka syurganya itu adalah seorang pembantu rumah.

@bobbaskyy2

mother is everything #annajobling

♬ THE SHADE – Rex Orange County

Sumber: Xtra Tonton (Padin), TikTok @bobbaskyy2