Aksi selamba pencuri panjat pagar ambil tong gas, tak hirau jeritan tuan rumah
Keterdesakan hidup mendorong seseorang melakukan apa sahaja, termasuk mencuri walaupun tahu itu merupakan satu kesalahan undang-undang dan boleh didakwa.
Namun, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini, mereka tidak memikirkan semua itu, asalkan barang yang diambil boleh buat duit.
Gigih panjat pagar, curi tong gas
Misalnya sepertimana dilakukan oleh lelaki ini yang sanggup panjat pagar di sebuah rumah untuk mengambil tong gas yang diletakkan oleh pemiliknya di laman.
@azmilkkl
Meskipun berjaya menceroboh masuk, namun gelagatnya sempat dirakam oleh tuan rumah yang kebetulan ada sewaktu kejadian, cuma tidak berani keluar.
Tak hirau jeritan tuan rumah
Dalam sorotan tersebut, juga kedengaran suara penghuni rumah menjerit dari dalam selepas menyedari tong gas mereka diangkut lelaki berbaju merah itu, namun dia sepertinya tidak mengendahkan suara itu dan terus berlalu pergi.
“Tak ada duit sangat tu”
Meninjau ke ruangan komen, ramai pula berseloroh dengan pendapat masing-masing berhubung tujuan lelaki tersebut mengambil tong gas itu.
“Nasib dia tak curi hati akak…”
“Dia tolong timbang je…”
“Aku rasa dia pekak”
Rata-ratanya terhibur melihat kesungguhannya mengangkut tong gas dengan memanjat pagar dan langsung tak hirau dengan hal sekeliling, termasuklah memekakkan telinga dengan jeritan tuan rumah.