Aksi mesra menyanyi bersama DSV & Iqbal, ramai anggap cinta berputik kembali?

Aksi mesra menyanyi bersama DSV & Iqbal, ramai anggap cinta berputik kembali?

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan kemesraan terjalin antara usahawan kontroversi, Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna dikenali @__akakaiskrim, Iqbal dan Vida dilihat nyanyi bersama dalam sebuah penggambaran yang dipercayai berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bukan itu sahaja, malah pelakon Azad Jasmin turut serta kelihatan disitu sebagai ‘pengarah’ dan  ‘penyanyi latar’.

Dalam  video itu, Iqbal menyanyikan lagu single miliknya berjudul Hujan dan Ku Ikhlaskan oleh Vida yang sememangnya membawa maksud yang begitu mendalam dan ‘padan’ dengan situasi yang pernah dilalui oleh mereka berdua.

 

@__akakaiskrim

hahah so sweet😂

♬ bunyi asal – _____akakairskim🍦 – _____akakairskim🍦

Cinta berputik kembali ke?

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh mereka berdua termasuk Azad Jasmin yang tidak pernah gagal menunjukkan sisi lucunya sebagai seorang penghibur.

Malah, ada yang tertanya-tanya sama ada putik-putik percintaan DSV dan Iqbal kembali semula setelah terputus separuh jalan pada tahun lalu.

Aku rasa dorang kahwin nanti…

Tidak kurang juga mendoakan agar jodoh mereka berdua kuat an berkahwin juga nanti.

Cik B dan Kacak dah tengok ke ni?

Sumber: TikTok @__akakaiskrim