Aksi menari atas riba wanita, netizen ingatkan Roslan Shah kejadian pitam

Aksi menari atas riba wanita, netizen ingatkan Roslan Shah kejadian pitam

Perkongsian Instagram pengacara kelahiran Singapura, Roslan Shah yang dilihat agak keterlaluan telah mengundang komen negatif netizen.

Menerusi muat naik Roslan atau mesra disapa Cik Lan, dia dilihat begitu gembira sewaktu meraikan hadiah yang diberi usahawan sensasi, Dato’ Seri Alifff Syukri iaitu seutas gelang mewah dengan menari di riba seorang wanita.

Dapat gelang mewah dari Aliff Syukri

Dalam video yang disertakan dengan kapsyen panjang lebar, Cik Lan menyatakan rasa terharu dengan pemberian pasangan suami isteri usahawan itu kerana menghargai usahanya dalam membantu mempromosikan produk keluaran mereka.

Dia yang begitu gembira menari-nari dan duduk di riba seorang wanita dihadapannya dan bergelek sambil disambut gelak tawa mereka yang berada di situ.

Risau pitam tak kembali

Susulan daripada itu, di salah satu forum hiburan, beberapa netizen telah menyelar tindakan Roslan Shah yang dilihat kurang sopan.

Mereka juga mengingatkan kembali pengacara itu kepada kejadian Februari tempoh hari yang mana dia tiba-tiba sahaja rebah sewaktu ditemu bual secara siaran langsung di program Wanita Hari Ini.

Difahamkan ketika itu dia berada dalam keadaan kurang sihat dimana bacaan darahnya agak tinggi sehingga dia pitam secara tiba-tiba.

Bawa2 beribadah la Cik Lan

Tak takut blackout ke masa bergelek-gelek

 

Sumber: Instagram Roslan Shahcari.orum