Akak ‘cashier’ PETRONAS tiba-tiba ketuk meja bila dengar aku nak isi minyak RM40

Akak ‘cashier’ PETRONAS tiba-tiba ketuk meja bila dengar aku nak isi minyak RM40

Kalau korang dapat RM50,000, apa yang korang nak buat? RM50,000 tu bukan sikit wei. Banyak gila tu. Korang boleh langsaikan semua hutang member, korang boleh bayar deposit rumah baru, korang boleh beli kereta ‘cash’. Tak payah pening-pening bayar bulanan. Macam mana pulak kalau korang boleh dapat RM50,000 dengan berbelanja kat stesen minyak je? Mesti seronok kan.

Aku cerita pasal RM50,000 ni bukan apa, baru-baru ni aku pergi isi minyak kat stesen minyak PETRONAS, lepastu aku pergi kat kaunter bagitahu aku nak isi minyak RM40, tiba-tiba akak ‘cashier’ tu ketuk meja. Terkejut aku, semua orang dah pandang aku pulak. Dalam hati aku, apahal akak ni tiba-tiba hentak meja. Lepastu akak PETRONAS tu senyum dan dia minta maaf. Sebenarnya dia nak bagitahu aku, sekarang ada peraduan Mesra-Visa Kasih Bonanza.

Aku pun senyum la balik dan aku tanya akak tu apa yang menariknya peraduan ni? Akak tu cakap aku boleh menang RM50,000 dengan hanya berbelanja RM300 sepanjang bulan yang sama dekat mana-mana stesen PETRONAS. Bukan tu je, kalau aku isi minyak RM40 tiga kali dalam masa sebulan, aku boleh menang RM1,000. Setiap bulan PETRONAS akan pilih 60 pemenang. Dalam hati aku, kalau 60 pemenang setiap bulan, ada peluang ni nak dapat RM1,000.

Akak tu cerita lagi, kalau aku bayar secara tunai hanya dikira sebagai satu penyertaan je tau. Tapi kalau bayar guna Kad Debit, Kad Kredit atau Kad Prabayar Visa akan dikira sebagai dua penyertaan terus. Sama jugak kalau aku bayar guna aplikasi Setel. Lagi banyak penyertaan, lagi cerah peluang nak menang wei.

Panjang lebar jugak akak tu terangkan dekat aku, nasib baiklah stesen minyak masa tu tak ramai orang. Lagi satu, aku ‘respect’ lah kat PETRONAS ni sebab masa tempoh PKP ni PETRONAS ada sediakan ‘Food Bank’ untuk yang memerlukan. Korang boleh ambil je barang-barang keperluan asas mengikut keperluan korang.

Dah panjang lebar sangat aku terangkan pasal peraduan Mesra-Visa Kasih Bonanza ni, kadang-kadang cerita panjang-panjang orang tak faham, diorang suruh lukis. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik pautan DI SINI. Bab nak menang duit ni, kongsilah dengan kawan-kawan. Tak manis kalau kita menang sorang je.

COMMENTS