Akademi Pilihanraya SPR kongsi ‘step’ nak tukar tempat mengundi, buat online pun boleh
19 November yang lalu adalah hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, telah diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang untuk kita memilih ahli parlimen yang bakal menjadi wakil bagi kawasan kita.
Kerajaan caretaker dibawah pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri telah mengumumkan cuti umum pada 18 November bagi memudahkan urusan rakyat untuk pulang ke kampung halaman bagi membuang undi.
Sebenarnya, kita boleh tukar alamat tempat mengundi dan tak perlu lagi menghadap kesesakan luar biasa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sebuah video dari @sprgovmy ada menjelaskan cara mudah untuk tukar alamat tempat mengundi. Ikuti video dibawah untuk keterangan lanjut.
Macam mana nak tukar tempat mengundi?
Alaaa, senang je…nak buat secara online pun boleh!
Jommmmmmmmmm tengok video ni! pic.twitter.com/uf4WGKsAPp
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 27, 2022
Cara tukar tempat mengundi
Dalam video di atas, pegawai dari Akademi Suruhanjaya Pilihan Raya ada menerangkan langkah mudah untuk menukar alamat tempat mengundi. Berikut adalah cara-caranya
- Tukar alamat pada kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara
- Mohon pertukaran alamat berdasarkan kad pengenalan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Untuk pengetahuan umum, proses kemaskini alamat tempat mengundi boleh dibuat secara atas talian dengan mencipta akaun baharu di laman web agensi kerajaan itu.
Ini adalah masa sesuai, selepas Pilhan Raya Umum, untuk menukar alamat kerana sistem SPR akan mengambil masa untuk memproses permohonan anda.
Sumber: Twitter @sprgovmy