AEON anjur pertunjukan fesyen dalam gerabak MRT bergerak

AEON anjur pertunjukan fesyen dalam gerabak MRT bergerak

 

 

 

 

 

 

AEON Retail Malaysia menyewa gerabak MRT untuk mengadakan AEON Fashion Preview 2022.

Siapa pernah pergi pertunjukan fesyen?

Kalau anda perasan, kebanyakan pertunjukan fesyen dilakukan di pusat beli-belah atau lokasi tertutup dan mempunyai pentas peragaan yang menjadi laluan para model menggayakan busana dari pereka fesyen.

AEON anjur pertunjukan fesyen dalam gerabak MRT

Untuk menjadikannya sesuatu yang lain daripada kebiasaan, AEON Retail Malaysia menganjurkan pertunjukan fesyen dengan menggunakan gerabak MRT sebagai pentas peragaan mereka.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok rasmi milik AEON (AEON Retail Malaysia), syarikat ini dilihat menyewa satu gerabak MRT untuk mengadakan AEON Fashion Preview 2022.

 

 

@aeonretailmalaysia

Bukan selalu dapat tengok MRT jadi fashion runway. Hanya di AEON Fashion Preview. ✨😌 #AFP2022 #AEONFashionPreview #AEONFashionPreview2022 #AEONRetailMalaysia #AEONMalaysia #AEONBiG #myAEONLifestyle #InnerCasual #InnerCasualMalaysia

♬ Hola – :):

Kebanyakan orang ramai yang melihat video ini memuji kreativiti pihak AEON yang menjadikan MRT sebagai platform pertunjukan fesyen mereka.

Bagus juga kan? Alang-alang itu boleh menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.

Pasa masa yang sama, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana para model menyeimbangkan badan mereka di dalam MRT yang bergerak. Hebat juga model tempatan kita kan?

Mungkin selepas ini kena mula berpakaian cantik sewaktu menaiki pengangkutan awam. Mana tahu tiba-tiba ada orang ajak jadi model pertunjukan fesyen dalam tren.

Sumber : The Rakyat Post