Adakah UMNO gentar dengan “kata dua” PAS?
Siapa kata UMNO tiada pilihan?
Nuar Musa bagi tahu UMNO tiada pilihan
UMNO mahu hanya bersama PAS dalam Maufakat Nasional
UMNO tidak mahu bersama PPBM dalam Perikatan Nasional
Tapi PAS mahu PPBM sekali dalam MN dan PN
Benarkah, UMNO tiada pilihan?
PRU 13, UMNO menang 88 kerusi
PRU 14, UMNO menang 54 kerusi, hilang 34 kerusi
PRU 15, jika bergabung dengan PAS dan PPBM adakah UMNO akan dapat 88 kerusi
Kena ingat, hanya 121 kerusi boleh ditandingi UMNO, PAS, PPBM
101 kerusi lagi adalah kerusi majoriti bukan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Jika PAS bertanding 35 kerusi
Baki tinggal 86 kerusi yang akan dibahagikan antara UMNO dan PPBM
Jika PPBM mendapat 35 kerusi termasuk kerusi UMNO lompat ke PPBM
Baki tinggal 51 kerusi untuk UMNO, kurang 3 kerusi dari 54 kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU 14
Sedangkan jika UMNO bertanding tanpa PAS dan PPBM
UMNO boleh bertanding 121 kerusi, 54 kerusi dalam tangan kerana walaupun dalam krisis teruk pada PRU 14 UMNO masih menang kerusi berkenaan
Lagi 34 kerusi mampu dimenangi kerana hanya kalah tipis pada PRU 14
Kenapa UMNO masih mahu bersama PAS
Sedangkan PAS jual mahal
Selama ini, UMNO menang setiap kali pilihanraya
UMNO hanya kalah PRU 14 kerana 1MDB
UMNO lebih untung bertanding atas nama BN sendirian tanpa PAS dan PPBM
Undi BN adalah solid dan akan bertambah kerana perpecahan PH
Undi PN bertambah sedikit dengan bergabungnya PPBM dengan PAS
Namun, undi PN tidak dapat menyaingi BN kerana undi kepada PAS lebih rendah dari UMNO pada PRU 14
Undi PH akan berkurang bila keluarnya PPBM
Sebenarnya Nuar Musa silap bila dakwa UMNO tiada pilihan
Kerana bertanding bersama PAS dan PPBM itu hanya pilihan
Bertanding atas nama BN tanpa pakatan, itu bukan pilihan kerana sudah wujud sejak berzaman
Veteran UMNO
Sumber : https://www.facebook.com/harapan.pb/posts/3522212174525354
Sumber: Info Rakyat