“Adakah awak tuhan?” dikritik suka tunjuk punggung, Kila Fairy minta netizen ‘unfollow’ IG”

“Adakah awak tuhan?” dikritik suka tunjuk punggung, Kila Fairy minta netizen ‘unfollow’ IG”

Minggu lalu, penampilan pelakon jelita, Kilafairy ketika hadir ke majlis penyampaian anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022 yang dikongsikan di laman Instagram menarik perhatian ramai.

Menerusi beberapa hantaran tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat hadir mengenakan busana serba hitam berserta hijab.

 

 

Seksi, tak manis nampak bentuk badan

Bagaimanapun, penampilannya itu ditegur oleh netizen kerana berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan bahagian dada dan punggung. Ia jelas menunjukkan imej dipergakan oleh pelakon berusia 30 tahun ini sangat tidak bersesuaian memandangkan dia sudah berhijab.

 

 

Selalu sangat tunjuk punggung

Selain itu, ada juga netizen mempersoalkan penampilan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil kerana sering ‘belanja’ gambar bentuk badan terutama bahagian punggung di media sosial.

Adakah anda Tuhan?

Tidak berdiam diri, Kilafairy atau nama sebenarnya  Syakila Nisa Jahangir Khan tampil membalas komen tersebut dengan meminta individu berkenaan untuk berhenti mengikutinya di media sosial.

“Tak suka sila unfollow. Hanya Allah sahaja tahu perjalanan hidup saya. Adakah anda Tuhan? Tidak? So bye,”balas Kilafairy

Sekadar info, selain Kilafairy, antara penerima anugerah berprestij lain ialah Datuk Seri Vida, Zeileen Yusnita, Puteri Zarith dan Lee Yon Onn, manakala Chiau Haw Choon merangkul anugerah “Entreprenuer of the year.

Sumber: Instagram @kilafairyofficial