“Ada rezeki boleh kongsi,”-Hafiz Mahamad taja ratusan tiket ‘flight’ balik kampung ke Sabah & Sarawak

“Ada rezeki boleh kongsi,”-Hafiz Mahamad taja ratusan tiket ‘flight’ balik kampung ke Sabah & Sarawak

Selepas kebenaran untuk merentas negeri yang diumumkankira-kira 2 bulan lalu, ramai yang telah mengambil peluang untuk pulang ke kampung selepas lama tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Susulan daripada itu, media sosial penuh dengan momen-momen bahagia warganet yang dapat bertemu semula dengan ibu bapa dan keluarga setelah lama terpisah.

Taja tiket kapal terbang

Namun, ada juga yang hanya mampu menahan rasa rindu tidak dapat pulang ke desa tercinta atas beberapa kekangan seperti ketiadaan biaya. Jadi, seorang usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah tampil untuk menaja tiket penerbangan kepada 100  orang yang bertuah bagi pulang ke kampung Sabah dan Sarawak dari Semenanjung.

 

Dalam kapsyen di Instagram hafizmahamad yang disertakan Hafiz, dia memaklumkan ada diantara mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak itu sudah 7 tahun tidak pulang ke kampung halaman kerana harga tiket yang mahal.

Ada juga antara mereka terkesan dengan pandemik apabila gaji biasa diterima sebelum pendemik mencecah RM5,000 menurun sehingga hanya RM1,000 sebulan.

 

10% sumbangan orang ramai, 60% untung berniaga

Selain daripada berkongsi kisah sebak tersebut, usahawan berkenaan juga menjelaskan biaya tiket-tiket tersebut diperolehi daripada untung perniagaanya dan juga hasil sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Sahabat Aina Malaysia.

“Happy saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60K dari hasil perniagaan & RM10K dari sumbangan awak ke dalam pertubuhan sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua” tulis.

 

Pastinya inisiatif murni yang dibuat Hafiz ini mampu memberikan sedikit senyuman kepada mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman disebabkan kesulitan yang mereka hadapi sebelum ini.

Boleh kita contohi sikap Hafiz

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh usahawan kosmetik itu dan berharap agar rezekinya sekeluarga terus dipermudahkan.

 

Semoga rezeki berganda buat Hafiz

 

Orang kaya yang patut dicontohi

Terima kasih tak terhingga atas usaha murni ini