“Ada kenal orang baru, saya serahkan pada Allah” – Shuib

“Ada kenal orang baru, saya serahkan pada Allah” – Shuib

Baru-baru ini, ibu kepada pelawak, Shuib telah memberikan syarat jika ada yang mahu menjadi isteri anaknya itu. Semuanya gara-gara anak perempuannya, Talita menyatakan hasrat mahukan ibu dan adik baru.

Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib mengakui kini sedang mengenali seorang wanita.

Menurut mStar, Shuib turut berkata hubungan tersebut masih terlalu baru dan di peringkat berkawan serta tidak boleh menjangkakan apa yang akan jadi di masa hadapan.

 

Ada kenal orang baru, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.”

Katanya lagi, dia telah pun mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti. Ketika berbincang soal itu, ibunya meminta agar Shuib mula mengenali orang lain namun dia akui berasa ragu-ragu kerana tidak tahu siapa yang mahu terima dirinya sebagai duda anak empat.

“Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak.”

Untuk rekod, Shuib dan allahyarham Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan berusia 7 bulan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat dijangkiti Covid-19.