Acik baju merah menyelit di mana-mana rosakkan album kahwin, rupanya 21 pengantin terkena sejak 2017

Acik baju merah menyelit di mana-mana rosakkan album kahwin, rupanya 21 pengantin terkena sejak 2017

 

Beberapa hari kebelakangan ini, penularan berita tentang ‘Acik Baju Merah’ yang dikatakan berterusan interframe dalam kebanyakan video dan gambar nikah sepasang pengantin cukup menguji kesabaran sekali. Bahkan apabila sudah ditegur sekalipun, difahamkan dia masih melakukan perkara sama.

Saya dah bincang dengan suami, lepas 10 tahun kami nak buat majlis tanpa mak cik tu

Bersama temubual dengan mStar, mempelai bernama Zarah berasa kecewa mendapat hasil album kahwin di mana semuanya terlihat jelas sosok Acik Baju Merah tersebut. Untuk memperbaiki semua gambar, dia dan suami akui sanggup menambah kos lain mengupah khidmat untuk edit & delete kelibat individu berkenaan.

@naimnezan

#duet with @Zarah Yusoff

♬ original sound – Zarah Yusoff – Zarah Yusoff

Takkan saya nak post gambar & blur muka mak cik tu? Saya bayar beribu ni

Bukan dirinya seorang, rupanya ada sebanyak 21 orang lain (termasuk sepupu) mendedahkan mereka terkena dengan orang yang sama. Niat Zarah membongkarkan hal terbabit bukanlah untuk mengaibkan, sebalik dia enggan selepas ini ada yang melalui lagi kenangan buruk sebegitu. Berkaitan dakwaan anak Acik Baju Merah yang dikatakan hendak melaporkan kepada polis, dia menyifatkan secara logiknya semua gambar itu dibayar sendiri malahan tidak pernah meminta ganti rugi.

Acik Baju Merah Rosakkan Album Kahwin, Rupanya 21 Pengantin Terkena Sejak 2017

 

 

Berapa ramai lagi dia nak buat? Dari 2017…Dia tahu ada jurugambar dekat situ

Walaupun wanita ini tidak pernah memberitahu lokasi sebenar pernikahannya, rata-rata yang pernah terkena tahu sendiri gerangan mak cik terbabit. Bagi Zarah, tiada apa yang dipinta selain berharap empunya badan akan datang meminta maaf secara baik kepada pihaknya.

 

Kredit : TikTok & FB mStar