Abang Viva syukur dah berdamai dengan keluarga ” biar saya tanggung beban bukan mereka”
Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar bersama pilihan hati dikatakan tidak mendapat restu oleh ahli keluarga.
Mana tidaknya, kakak kepada Abang Viva iaitu Fauziyah Omar mendedahkan adiknya itu berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Malah, meminta orang ramai berhenti mengajukan soalan bertalu-talu buat orang tuanya perihal perkahwinan Azwan dan wanita pilihan hatinya, Evanoza.
Alhamdulillah, segala perselisihan faham selesai
Terbaharu, Azwan memaklumkan segala perselisihan faham antara mereka sekeluarga akhirnya berjaya diselesaikan dan sudah berbaik semula apabila memuat naik foto bergambar bersama di laman Facebook.
Menerusi hantaran tersebut, Azwan meluahkan kesyukuran apabila salah faham itu akhirnya diselesaikan dan berterima kasih atas doa semua pihak terhadap mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, segala perselisihan faham telah diselesaikan.. dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Saya, wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi. Saya berharap tiada lagi isu kecaman atau isu yang akan dikeluarkan,”tulis Azwan.
Biarlah apa2 yang berlaku menjadi rahsia kami sekeluarga
Dalam masa sama, Azwan enggan mendedahkan perbincangan mereka sekeluarga kerana mahu ia menjadi rahsia mereka bersama.
Azwan juga berharap tiada lagi pihak mempersoal atau bertanya tentang isu ini kepada ibu bapanya, jika ada mereka boleh secara terus bertanya kepada diriya dan biarlah dia seorang menanggung segala beban.
“Saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.. Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja.
“Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban, bukan keluarga saya. Insha-Allah, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.
“Maaf juga kepada pelanggan saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam sehari dua lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya..”maklum Azwan menerusi hantaran tersebut.
Alhamdulillah, selesai juga perselisihan faham antara mereka sekeluarga. Diharap persaudaraan terjalin lebih kuat dan segala salah faham berlaku dapat diselesaikan secara baik.
Sumber: Facebook Azwan Omar