Isteri sanggup jadi suri rumah besarkan 4 anak, suami nak kahwin lagi sebab jumpa wanita bekerjaya yang ‘lembut’
Remuk hati seorang isteri apabila si suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Lebih menyedihkan, bahtera yang dibina bersama dilengkapi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Begitulah luahan seorang isteri kepada personaliti televisyen, Fedtri Yahya selepas ‘buntu’ mendengar hasrat suaminya untuk menikahi wanita lain.
Saya suri rumah
Menurut Fedtri Yahya, peristiwa tersebut bermula apabila si suami telah mengaku kepada isterinya bahawa dia sudah berkenalan dengan seorang perempuan dan mereka sudah merancang untuk berkahwin. Meskipun, si isteri enggan dimadukan, si suami pula masih bertegas dan ingin meneruskan hasrat tersebut.
Saya ada berhubung dengan perempuan itu dan minta jauhkan diri daripada suami. Namun, perempuan tersebut cakap tidak mampu nak buat apa-apa. Lepas itu saya minta izin untuk balik tinggal di kampung sekiranya suami tetap nak perempuan itu. Tapi suami tak benarkan.
Sebagai wanita dan seorang suri rumah sepenuh masa, si isteri telah menelefon kekasih suaminya itu dan meminta agar wanita tersebut menjauhkan diri daripada suaminya. Namun, usaha tersebut sia-sia kerana wanita berkenaan tidak mampu melakukan perkara tersebut.
Suami masih berhubung panggil ‘sayang’
Sekadar gambar hiasan
Soalnya sekarang, suami saya masih berhubung dengan perempuan itu dan masing-masing bahasakan diri sayang. Tak sanggup saya nak biarkan suami saya hanyut bercinta macam itu atau saya kena buat tindakan saya sendiri. Keadaan ini buat saya tertekan.
Wanita tersebut turut memberitahu bahawa suaminya tertarik dengan sifat lemah lembut yang dimiliki perempuan itu. Di samping itu, perempuan tersebut seorang yang bekerjaya. Buntu dengan apa yang berlaku, wanita ini turut memberitahu bahawa dia tiada tempat untuk merujuk. Jelasnya lagi, dia tidak sanggup menceritakan hal ini kepada ibunya sendiri.
Menerusi komen dan pandangan daripada netizen, mereka mencadangkan wanita tersebut memberitahu hal sebenar kepada ahli keluarga terlebih dahulu. Perkara ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan dan menyelesaikan masalah yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak.
Selain itu, wanita berkenaan boleh membuat aduan kepada Penguatkuasa Agama di kawasan berhampiran kediaman. Malah, ada yang turut berdoa agar hati dan perasaan suami kepada wanita ini berubah kembali.
Sumber: Fedtri Yahya