Ambil gambar graduasi di ladang, tanda hargai pengorbanan ibu bapa
Ramai kanak-kanak dan remaja dari keluarga yang susah tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang tinggi kerana terpaksa membantu keluarga mencari duit, terutamanya jika ada ahli keluarga yang sakit.
Oleh itu seorang pelajar ini sangat bersyukur kerana ibu bapanya sanggup berkorban dan bekerja keras untuk menghantarnya belajar tinggi-tinggi sehingga dia berjaya bergraduasi.
Jennifer Rocha meluahkan penghargaannya terhadap ibu bapanya yang merupakan pekerja warga asing dengan mengambil gambar graduasi di ladang strawberi tempat ibu bapanya bekerja.
“Terima kasih kepada ibu bapaku…”
“Thank you to my parents I’m a badass with a diploma” is what Jennifer Rocha wrote on her graduation cap. The @ucsandiego student took her graduation pics in a farm field to honor her parents. Since high school she worked alongside them planting strawberries.
📷:Branden Rodriguez pic.twitter.com/WrzgxnMo2V— David Begnaud (@DavidBegnaud) June 13, 2021
Malah dia sendiri sering membantu ibu bapanya di ladang tersebut sejak di bangku sekolah, tetapi ibu bapanya sentiasa mengingatkan dia dan adik beradiknya untuk mementingkan pelajaran agar dia tidak perlu bekerja di ladang seperti mereka.
“Kalau kau tak masuk kolej kau akan berada di sini…”
About her parents, she says, “they were like if you don’t go to college you’re going to be here…" without them “I wouldn’t have this degree.” She plans to go into law enforcement "to show the people that there’s good people in there and not just bad people“
📸:Branden Rodriguez pic.twitter.com/VXsGnw8ASY— David Begnaud (@DavidBegnaud) June 13, 2021
Jennifer yang menerima Ijazah dalam Sosiologi dengan penekanan dalam Undang-Undang dan Masyarakat bermatlamat untuk memasuki bidang penguatkuasaan undang-undang.
Gambar-gambar pelajar University of California San Diego itu yang tular di media sosial menunjukkan dia melakukan tugas-tugas di ladang sambil berpakaian jubah graduasi dan mortarboard dan Jennifer berharap kisahnya itu akan memberi inspirasi kepada anak-anak pekerja asing untuk tidak berputus asa.
“Dari kecil aku telah sedar bagaimana susahnya jadi pekerja asing…”
From a young age I was able to realize the difficult labor it is to be a migrant worker…. full story on insta @jrocha_10 🙏🫑🇲🇽 pic.twitter.com/3mpHgvfeMo
— Jennifer🇲🇽 (@Jennifer22Rocha) May 13, 2021