Bapa takut biawak, anak pula selamba pegang macam mainan

Bapa takut biawak, anak pula selamba pegang macam mainan

Telatah kanak-kanak kecil ada kalanya tidak dapat dijangka dan boleh mengejutkan orang dewasa. Macam yang dikongsikan lelaki ini tentang gelagat si anak yang berani memegang anak biawak tanpa perasaan takut.

Apa yang menarik perhatian ialah kanak-kanak itu dilihat selamba memegang anak biawak itu manakala si bapa pula yang ketakutan. Gelagat bapa dan anak ini turut mencuit hati netizen yang menonton.

@fadfaris

video lama kene ban..

♬ original sound – Fad Faris – Fad Faris

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan kanak-kanak itu dengan beraninya memegang seekor anak biawak yang masih kecil. Pada mulanya, ramai yang menyangka ianya adalah mainan sahaja.

Kemudian si bapa pula cuba menghalau anak biawak itu di luar rumah menggunakan penyapu dan penyodok sampah. Malah dia juga kelihatan takut-takut semasa mengendalikan anak biawak itu dan sesekali memberikan reaksi geli.

bapa

Lebih mencuit hati, gelagat si bapa itu turut ditonton oleh anaknya dan kucing mereka yang asyik menonton di pintu rumah. Mereka juga kelihatan begitu fokus menonton sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur dengan gelagat bapa dan anak ini. Ada juga yang terhibur melihat si anak pula yang lebih berani dari bapa yang ternyata jauh lebih besar.

“Comel je anak dengan kucing tengok dekat pagar.”

bapa takut

“Uish berani betul anak.”

biawak

“Geram je aku tengok bapak dia ni hahaha.”

komen

“Kucing dekat pintu tu pun ikut tengok sekali gelagat ayah dia.”

tik tok