Lelaki kongsi situasi bila nampak roadblock polis, “Mesti berdebor…”

Lelaki kongsi situasi bila nampak roadblock polis, “Mesti berdebor…”

Setiap kali nampak roadblock polis ketika memandu, mesti ramai yang akan rasa gementar kan? Walaupun sebenarnya kita tak ada melakukan apa-apa kesalahan, memang tak dapat lari daripada perasaan takut dan gementar ini.

Sama seperti video yang dikongsikan ini apabila lelaki ini cuba melakonkan semula situasi yang biasa dialami setiap kali melihat roadblock polis. Gelagatnya bukan saja menghiburkan ramai namun berjaya membuatkan netizen dapat relate dengan situasi itu.

@nursyafiqnaser

setiap kali lalu roadblock mesti berdebor wey 🥲 #shouldbeme #MakeAFace #roadblock pkp3.0

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut cuba menunjukkan reaksi orang ramai setiap kali melihat roadblock di hadapan. Antara reaksi pertama ialah memeriksa tali pinggang keledar yang dipakai dalam keadaan yang panik.

Selain itu, kebiasaanya ramai yang akan panik dan gelabah semasa menjawab soalan daripada pihak polis gara-gara terlalu gementar. Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut juga dilihat kekal tersenyum walaupun sebenarnya sedang cuak ketika ditanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama dapat memahami situasi yang dikongsikan ini. Ada juga yang memberitahu mereka juga akan berasa gementar dan takut setiap kali berdepan dengan roadblock semasa memandu.

“Kitorang yang sama-sama polis pun cuak jugak kalau jumpa roadblock.”

lelaki kongsi

“Aku bini polis nak lalu kat roadblock pun rasa nak terkencing.”

roadblock

“Tak boleh lupa masa awal-awal pkp pergi ambik anak kat rumah kakak. Lalu roadblock ditanya alamat rumah sampai sudah tak boleh jawab.”

komen

“Sama walaupun tak ada salah apa-apa.”

tik tok