Mengidam nak sate semasa hamil, tapi jiran pula yang tolong cari & belikan, suami…
Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa untuk wanita hamil. Boleh dikatakan hampir 50 peratus ke 90 peratus wanita akan mengalami simptom ‘mengidam’ ini. Oleh itu, para suami digalakkan menunaikan setiap keinginan dan permintaan para isteri ketika mereka sedang hamil.
Di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Khaleeda meluahkan rasa simpati apabila membaca kisah ‘mengidam’ para isteri yang tidak dilayan oleh para suami.
Really hurts my heart
Menerusi TikTok, ramai golongan isteri dan bakal ibu meluahkan rasa sedih apabila permintaan mereka tidak dapat ditunaikan oleh si suami. Lebih menyedihkan, orang luar seperti jiran pula yang sanggup membantu dan menunaikan segala permintaan mereka semasa sedang mengidam.
Di samping itu, terdapat juga segelintir suami yang didakwa mementingkan diri sendiri semasa isteri sedang mengidam. Mereka lebih mengutamakan perut sendiri daripada memikirkan perasaan wanita yang sedang sarat hamil.
Bukan sengaja buat-buat
Sedih membaca luahan yang dikongsikan, netizen berharap para wanita di luar sana perlu banyak bersabar. Di samping itu, netizen juga berharap kaum lelaki memahami situasi ‘mengidam’ para isteri. Ini kerana, perasaan tersebut bukan sengaja dibuat-buat.
Sumber: Khaleeda