‘Hilmi’ watak paling trending, Berakhir sudah ‘Projek Anchor SPM’

‘Hilmi’ watak paling trending, Berakhir sudah ‘Projek Anchor SPM’

Semalam sudah berakhirnya drama bersiri Projek Anchor SPM yang sering menjadi bualan hangat peminat drama tempatan. Biarpun idea asal dan jalan cerita drama ini cukup berbeza dari kebiasaan yang ditayangkan drama di Malaysia, namun ternyata Projek Anchor SPM ini berjaya menarik minat ramai untuk mengikutinya.

E0emJFWUcAEgogg-tile

Drama yang dibintangi oleh Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Susan Lankester dan ramai lagi. Projek Anchor SPM ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bakal menduduki SPM. Berlatarbelakangkan sebuah sekolah berprestij tinggi di Cameron Highland, Pahang.

Sekumpulan pelajar ini merancang untuk meniru ketika SPM secara besar-besaran. Setiap dari mereka memiliki motif dan sebab masing-masing untuk melakukannya. Namun akhirnya rancangan mereka itu terkantoi. Kalau korang terlepas episod akhir Projek Anchor SPM ini boleh saksikan teaser tayangan perdana yang dikongsikan di Youtube Astro Shaw ini:

 

Disebabkan episod akhir Projek Anchor SPM ini semalam, salah satu watak dalam drama ini iaitu Hilmi trending di Twitter!

Hilmi Project Anchor SPM 1

Karakter yang dibintangi oleh Nadhir Nasar ini memberikan kesan kepada penonton. Berikut antara apa yang diperkatakan baru-baru ini menerusi kata carian Hilmi trending di Twitter.

“Boleh tak kita bagi dia tepukan? DIa layak terimanya. Lakonan Nadir Nasar cukup sempurna…”

Hilmi Project Anchor SPM 4

“Akhirnya kami dapat pengakhiran bahagia dari awak!”

Hilmi Project Anchor SPM 3

“Awak adalah KP terbaik yang pernah wujud”

Hilmi Project Anchor SPM 2