“Menu ringkas dan sedap”, Resipi telur dari Khairul Aming bikin terliur habis!
Ramadan sudah pun hampir di penghujungnya. Bulan puasa sememangnya cukup sinonim dengan video masakan dari seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairul Aming. Sejak beberapa tahun lalu, video masakan dari Khairul Aming menjadi perhatian ramai.
Manakan tidak, menu pilihan untuk dikongsikan cara masakannya nampak ringkas dan mudah untuk dihasilkan. Tahun ini bukan sehari satu resipi sahaja sepanjang bulan Ramadan yang dikongsikannya. Kadang-kadang 2 hingga 4 resipi juga dikongsikan oleh pemuda ini.
Dari menu lauk-pauk tempatan, Korea, air dan banyak lagi turut dikongsikan oleh Khairul Aming. Malah baru-baru ini menu ringkas video resipi telur sambal dan telur masak kicap dimuat naik olehnya telah membuatkan ramai terliur. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan oleh Khairul Aming itu:
Baru sahaja dua jam dimuat naik sudah meraih lebih 200 ribu tontonan. Memang terbaiklah video resipi telur dari Khairul Aming ini! Rata-rata warganet juga mengakui terliur menonton rakaman menu masakan ringkas ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen.