Persenda insiden bunuh diri di KLCC, Azhan Rani dikecam netizen
Baru-baru ini, tular mengenai insiden seorang lelaki maut apabila terjun dari tingkat tiga KLCC dipercayai membunuh diri.
Namun, timbul cerita tak sedap didengar apabila ada yang mempersendakan kematian individu tersebut di media sosial, termasuk pelakon Azhan Rani yang didakwa turut meninggal komen mainkan isu tersebut.
Menerusi satu portal berita, Azhan dilihat ada membalas komen salah seorang netizen yang menjadikan kejadian itu sebagai ‘jenaka’.
Difahamkan, ‘berkhemah’ itu merujuk pada khemah yang dipasang oleh pihak berkuasa bagi menutup mayat di pusat beli-belah itu.
Komen itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang mengecam tindakan pelakon tersebut serta menyifatkan Azhan tidak sensitif lebih-lebih lagi insiden itu bukan perkara kelakar.
Memetik mStar Online, Azhan tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa dia tiada niat mempersendakan insiden terbabit sebaliknya hanya membalas komen bodoh yang ditinggalkan seorang netizen secara sindiran.
“Saya dah padam pun komen itu, berkenaan komen tersebut, saya cuma jawab secara sinikal tentang ada komen netizen yang kata pasal khemah.
“Dia tulis komen macam itu, saya pun jawab secara main-main. Tujuan saya tulis komen itu bukan sebab tak sensitif sebaliknya nak ajar netizen kalau komen itu bacalah dulu berita penuh insiden tersbeut,” katanya.