Ditinggalkan Sendirian Di Rumah Usang, Bila Tanya Pasal Anak Siap ‘Bohong’ Anak Selalu Balik Padahal…
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang paling sesuai menggambarkan situasi seorang warga emas yang tinggal berseorang di sebuah rumah usang.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila wanita ‘cekal’ ini menceritakan menu hariannya dan berkongsi keadaan rumahnya itu.
Makan nasi tiada lauk
Foto: Tangkap layar video
Kisah wanita ini diceritakan menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Cak Budi Official di laman YouTube. Cak Budi merupakan seorang aktivis yang aktif membantu warga-warga emas yang memerlukan bantuan. Jika dilihat menerusi video lain yang dimuat naik, banyak memaparkan aktivitinya melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan. Sehingga kini, dia sudah mempunyai hampir 1.14 juta pengikut di laman YouTube.
Menerusi video baru yang dimuat naik, warga emas yang dikenali sebagai nenek Tuna menjelaskan dia hanya makan nasi kosong tanpa ada sebarang lauk lain. Apa yang lebih menyedihkan, apabila nasi itu sudah mula dihurungi oleh semut-semut namun, perkara tersebut sama sekali tidak menghalang dirinya untuk makan nasi itu.
Masak nasi sahaja. Saya makan ini sahaja.
Tidak berakhir di situ, wanita tabah ini turut menunjukkan keadaan rumahnya yang serba daif ditambah pula bumbung rumah yang sudah bocor setiap kali hujan lebat. Jika dilihat riak wajah wanita itu, dia cuba sedaya upaya untuk menahan sebak walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila dia disoal mengenai anak-anaknya, wanita itu menjelaskan anak-anaknya sering pulang ke rumah namun, semua itu sama sekali tidak betul.
Dia berbohong cakap anak bagi duit, padahal anaknya sama sekali tidak pernah pulang dan tinggalkan dia seorang diri. Dia juga ada beberapa anak, tapi siapa pun tidak peduli dengan nasib si ibu.
Video penuh: