“Apa nama betul untuk aiskrim pop ni?” Netizen berdebat cari jawapan

“Apa nama betul untuk aiskrim pop ni?” Netizen berdebat cari jawapan

Apabila cuaca panas atau selepas penat pulang dari sekolah, mempunyai makanan sejuk di tangan adalah perasaan paling memuaskan, tetapi satu snek musim panas yang popular ini telah menyebabkan perdebatan di antara netizen di media sosial.

Jika di Malaysia kita memanggilnya sebagai aiskrim Malaysia, aiskrim pop atau ais batang, tetapi snek sejuk beku berwarna warni yang diperbuat dari air itu mempunyai pelbagai nama lain di serata dunia.

Aiskrim pop biasanya menjadi tarikan kepada kanak-kanak yang telah penat bermain atau baru pulang dari sekolah apabila cuaca panas.

Namun sebuah perkongsian di Twitter baru-baru ini mendedahkan bahawa snek itu bukanlah dipanggil sebagai aiskrim pop.

 

 

Posting oleh pengguna Zuckrs yang telah mencuri tumpuan ramai bertanya kepada netizen apakah mereka panggil snek tersebut yang mana dia sendiri memanggilnya sebagai freezies.

 

 

Sementara di Britain ia dipanggil ice pop dan popsicle di Amerika, ada juga yang memanggil snek berkenaan sebagai freeze pop, otter pop, tip top, dan zooper dooper.

 

“Yang lain semua salah…”

 

 

 

“Ianya dipanggil zooper doopers…”

 

 

 

“Kami panggil ice poles di Scotland…”

 

 

 

“Orang di Ohio panggil suckers…”

 

Sementara itu snek yang sama dipanggil sebagai bolis di Mexico, chuppet di Jepun, dan wassereis di Jerman. Pasti ramai yang tidak sangka bahawa rupanya bukan Malaysia sahaja yang mempunyai ‘aiskrim Malaysia’.