15 bulan koma di hospital, Lelaki ini pelik bangun kena pakai mask
Di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben telah memuat naik sebuah video di mana dia baru sahaja tersedar dari koma. Reaksi Ben selepas mendapat tahu bahawa dunia sedang dilanda wabak Covid-19 turut mencuri tumpuan netizen yang melihat video tersebut.
15 bulan koma
Menurut Ben, dia terlantar koma sejak 15 bulan yang lalu. Sebaik sahaja tersedar, dia terkejut dan tidak tahu mengenai apa yang berlaku sepanjang dia terlantar di hospital. Reaksi Ben yang seolah-olah ‘pelik’ dan memakai pelitup muka ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen. Malah, ada juga individu yang tidak percaya mengenai video yang dimuat naik olehnya.
Handsome young man
Pergi tidur semula
Rata-rata netizen menyuruh Ben untuk tidur semula agar dia tidak perlu mengharungi wabak Covid-19 ini. Netizen juga seolah memahami perasaan Ben yang terpinga-pinga untuk mendapatkan penjelasan mengenai wabak tersebut.
Sumber: Ben